Bermulanya Demam Bola

Musim World Cup sudah mari. Maka bermulalah episod kaki-kaki bola layan tv sampai pagi. Piala Dunia tahun 2010 ni berlangsung di Afrika Selatan yang mempunyai jarak masa 6 jam lewat dari Malaysia. Makanya perlawanan akan berlangsung dalam 3 waktu di Afrika iaitu jam 1.30 petang, 6.00 petang dan 8.30 malam. Dalam waktu Malaysia, perlawanan akan bermula jam 7.30 malam, 12.00 malam dan 2.30 pagi.

Kali terakhir Piala Dunia berlangsung adalah 4 tahun yang lalu, di mana Germany telah menjadi tuan rumah dan Italy telah menjuarai Piala tersebut. Dan sememangnya pada tahun tersebut saya menyokong pasukan Italy yang sinonim dengan corak bertahan dan juga pasukan England yang membariskan pemain-pemain EPL yang agak dikenali. Setelah England tersingkir, tumpuan sepenuhnya diberikan kepada Italy dan akhirnya Italy berjaya menjuarai Piala tersebut. Masih segar di ingatan si botak Cannavaro menjulang Piala rebutan dunia di malam final.Oh… sungguh indah detik itu tatkala pasukan kegemaran berjaya..:)

Tahun ini saya memilih England untuk menjuarai Piala Dunia 2010. England cuma pernah memenangi Piala Dunia sekali sahaja sejak ia diperkenalkan iaitu pada tahun 1966. Pasukan yang paling banyak menjuarai Piala Dunia ialah Brazil iaitu sebanyak 5 kali. Pada tahun ini, England berada dalam kumpulan C bersama USA, Slovenia dan Algeria. Walau bagaimanapun Italy tetap menjadi pilihan saya untuk menjuarai Piala ini selepas England.

Barisan England 2010:

GK – Joe Hart, David James, Rob Green

DF – Jamie Carragher, Ashley Cole, Ledley King, Rio Ferdinand, Glen Johnson, John Terry, Matthew Upson, Stephen Warnock

MF – Gareth Barry, Michael Carrick, Joe Cole, Steven Gerrard, Frank Lampard, Aaron Lennon, James Milner, Shaun Wright-Phillips

FWD – Peter Crouch, Jermain Defoe, Emile Heskey, Wayne Rooney

Yang pasti tiada kelibat Micheal Owen mahupun David Beckham dalam senarai tahun ini. Micheal Owen yang menjadi pemain feveret saya sejak kemunculan pertama beliau pada World Cup 1998 kini tidak dapat beraksi disebabkan kecederaan yang melanda di samping prestasinya yang kurang konsisten. Biasalah tu, bila pemain bola dah masuk 3 series, performance pun semakin berkurangan. Saya masih ingat lagi pada 1997, time tu sekolah lagi… Micheal Owen yang masih muda remaja datang ke Malaysia untuk Piala Dunia Remaja. Tapi masa tu saya suka Pablo Aimar dari Argentina. Kini remaja2 ni semua dah pun hilang keremajaannya termasuklah tukang tulis blog ni sekali. Cepat sungguh masa berlalu.

Maka, dengan memilih England sebagai potensi menjuarai Piala Dunia Tahun 2010, maka bolehlah saya join kuiz yang dianjurkan oleh Denaihati. :) . Jika anda ada pasukan kegemaran Piala Dunia ni, boleh la join kuiz anjuran Denaihati ni yer… Jangan lambat-lambat, kuiz ni sampai 19 Jun je.

p/s: bila la agaknya dapat tengok pasukan Malaysia masuk Piala Dunia ya? Masa tu tak perlu lah kita semua pening-pening nak pilih pasukan pilihan. Boleh pilih Malaysia je.. huhu..

Tags: , , ,

12 Responses to “Bermulanya Demam Bola”

  1. denaihati 13. Jun, 2010 at 2:28 pm #

    terima kasih join contest dan memeriahkan demam bola

  2. Suda 14. Jun, 2010 at 12:22 am #

    tq sbb anjurkn contest… bleh gak join w/pon harapan england nk menang thn ni mcm tipis je… huhuu

  3. semut api 15. Jun, 2010 at 10:07 am #

    Salam n pekaba cikgu,

    satu dunia di landa demam bola.. yang pastinya kedai mamak dgn skrin besarnya terpaksa bayar o.t pekerjanya, polis pula perlu meningkatkan rondaan sekitar kedai bersrin tv besar..

    kakai bola pergi kerja dengan mata mengantuk… :)

  4. Suda 15. Jun, 2010 at 1:12 pm #

    Khabar baik encik semut… :)
    biasenya yg lepak kedai mamak 2 stakat minum air 2 gelas je… pastu lepak smpi pg… huhuu…

  5. donnyien 18. Jun, 2010 at 11:11 pm #

    Salam ziarah,
    Suka cerita pasal bola ni.apapun Argentina pilihanku mereka akan menang untuk kali yg ke-3.

  6. Suda 19. Jun, 2010 at 12:48 am #

    Argentina nmpk mcm menjadi thn ni… tmbh2 lps belasah Korea Selatan mlm td.. apepun harap2 England menang la mlm ni… kalo kalah mmg blk awal la agaknya…huhu

  7. donnyien 25. Jun, 2010 at 8:14 pm #

    England bertuah layak ke pusingan 16..hehe

  8. Suda 25. Jun, 2010 at 9:50 pm #

    yup… harap2 tuah menyebelahi england lg bile jumpa germany nnt…

  9. Perth 08. Jul, 2010 at 3:56 pm #

    Wow, Netherlands beaten Uruguay, Spain won over Germany. It is funny! And who will be the champion? I think Spain.

Trackbacks/Pingbacks

  1. 10 Pasukan Pilihan Blogger untuk Juara FIFA #Worldcup 2010 | Denaihati - 21. Jun, 2010

    [...] : Fitrihadi.com, Wazy84.com, Sudaku.co.cc, Menteil.net, [...]

  2. Love To Share | juwet.com - 26. Jun, 2010

    Informasi dan Pengobatan Pada Batuk Rejan (Pertusis)…

    I found your entry interesting thus I’ve added a Trackback to it on my weblog :)

  3. FIFA #Worldcup 2010 pilih pasukan juara ANDA sekarang | Denaihati - 27. Jun, 2010

    [...] 3. England : Fitrihadi.com, Wazy84.com, Sudaku.co.cc, Menteil.net, kulanzsalleh.com [...]

Leave a Reply